Lelaki Nekad Bunuh Jirannya Yang Asyik Bertanya ‘Bila Nak Kahwin?’

Posted on

GARUT: Seorang lelaki nekad membunuh seorang jirannya yang sedang hamil, gara-gara terlalu kerap ditanya tentang dirinya yang masih membujang, lapor portal berita Detik.com.

Pemuda berusia 28 tahun yang hanya dikenali dengan nama Nunur itu membunuh wanita bernama Iis Aisyah pada Jumaat (19 Januari 2018) lalu di Kampung Pasir Jonge, Desa Sukawangi, Singajaya, Garut di Jawa Barat.

Pesuruhjaya Polis Garut, Budi Satria Wiguna berkata, sewaktu kejadian, Nunur sedang duduk termenung di depan rumahnya. lis yang melintas di depannya terus menasihatkan Nunur supaya cepat berkahwin.

“Suspek menyatakan bahawa wanita itu berkata ‘cepatlah kahwin, yang lain semua sudah menikah, kenapa kau tak kahwin-kahwin?’. Ternyata kata-kata itu menyinggung emosi suspek,” kata Budi Satria seperti yang dipetik dalam media tempatan.

Lantaran rasa dirinya terhina, Nunur datang ke rumah mangsa. Nunur lantas dipelawa masuk ke ruang tamu kerana mangsa tidak menyangka sebarang ancaman daripadanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *