KEJAM! Dibunuh Selepas Gagal Bayar Gigolo

Posted on

Polis menubuhkan pasukan khas dan berjaya menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai pelayan bar dikenali sebagai Dedi Purbianto di sebuah hotel di Batam Centre tempatnya bekerja kerana disyaki membunuh wanita terbabit. Polis terpaksa menembak kaki Dedi kerana melawan ketika hendak ditahan.

Siasatan mendapati Dedi yang juga berkhidmat sebagai gigolo, mendakwa mengenai Deli Cinta melalui Facebook dan mereka sudah dua kali melakukan seks dengan kali pertama di hotel.

Lelaki itu mendakwa dia nekad membunuh Deli Cinta kerana sehingga pagi Khamis lalu, wanita itu masih gagal membayar khidmatnya.

Bedah siasat mendapati wanita itu mati akibat mukanya ditekap dan terdapat retakan pada tulang lehernya akibat dicekik.

Menurut doktor, bedah siasat tidak menunjukkan berlakunya hubungan seks sebelum mangsa dibunuh.

Wanita itu dikebumikan Jumaat lalu, dan difahamkan suaminya yang pulang selepas dimaklumkan kematian isterinya, tidak menghadiri pengkebumiannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *