KEJAM! Dibunuh Selepas Gagal Bayar Gigolo

Posted on

KEJADIAN seorang wanita cantik sudah bersuami di Batam dibunuh kekasih upahannya atau ‘gigolo’ minggu lalu, kerana tidak membayar selepas mendapat khidmat seks lelaki itu, menggemparkan Indonesia.

Mayat wanita itu, Deli Cinta Sihombing, 32, ditemui dengan kaki dan tangan terikat tanpa seluar di rumahnya di Tanjung Uncang, Batu Aji, Batam, Khamis lalu.

Di sampingnya, anak lelakinya berusia tiga tahun, kelihatan pucat dan keletihan dipercayai sudah lebih sehari terkurung bersama mayat ibunya.

Menurut laporan portal berita Tribunnews, ketika kejadian, suami wanita terbabit tiada di rumah kerana sedang berlayar yang dijadualkan selama sebulan.

Mayatnya ditemui keluarga wanita itu selepas gagal menghubunginya sejak 19 Disember lalu, menyebabkan mereka ke rumahnya pada Khamis, dan terpaksa memecahkan pintu.

Siasatan mendapati kereta mangsa, televisyen LCD, telefon bimbit dan sejumlah barang berharga dalam rumah mangsa juga hilang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *